top of page


Azza Motor Network Sdn Bhd (002070831-K) adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang bernaung di bawah Koperasi Pengguna Kenderaan Selangor Berhad menjalankan pelbagai perniagaan yang berasaskan AUTOMOTIF.
Dengan mempunyai pelbagai pengalaman di dalam bidang perniagaan selama beberapa tahun ini, syarikat Azza Motor Network telah mencipta satu formula khas buat semua rakyat di Malaysia ini untuk mampu memiliki kereta idaman masing -masing dengan kaedah yang mudah dan ringkas.
Melalui program keahlian Raja Kereta, ahli yang telah mendaftar akan menikmati pelbagai insentif dan faedah termasuk menikmati diskaun berkaitan automotif sehingga RM38,000.00 di kedai-kedai panel syarikat. Ahli Raja Kereta juga berpeluang mengikuti Program Usahawan Automotif yang merupakan satu program tambahan syarikat dalam membantu ahli yang tidak berkemampuan,disenarai hitam(blacklist) oleh bank,masih belajar, bergaji rendah,suri rumah dan sesiapa sahaja untuk memiliki kereta impian dan seterusnya membina kerjaya serta memperolehi pendapatan tanpa had...


Pada 21 Oktober yang lalu dengan rasminya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan lesen permohonan Koperasi Pengguna Kenderaan Selangor Berhad (KPKSB) untuk beroperasi sepenuhnya bagi menolong dan membantu pengguna-pengguna kenderaan yang ada di Malaysia.
Koperasi Pengguna Kenderaan Selangor Berhad (KPKSB) merupakan koperasi pertama yang ditubuhkan oleh Pengerusi KPKSB iaitu En.Azizul Zainuddin dan dengan kerjasama syarikat Azza Motor Network Sdn Bhd, bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang mempunyai masalah tentang penggunaan kenderaan dan menjaga hak-hak pengguna kenderaan di Malaysia dengan menawarkan pelbagai jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.
" DENGAN STATISTIK PENGGUNA KENDERAAN DI MALAYSIA YANG KINI MENCECAH 20 JUTA, RAMAI YANG MEMPUNYAI MASALAH TENTANG PINJAMAN BANK SERTA SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK MEMBAYAR BALIK PINJAMAN DAN PERATUSAN UNTUK MUFLIS, BLACKLIST, CTOS, CCRIS AMAT TINGGI "
KPKSB juga bertindak sebagai konsultan yang profesional dari segi menyelesaikan masalah yang sering dihadapai oleh kebanyakkan rakyat di Malaysia ini seperti ditipu ketika pembelian dan penjualan kenderaan, pembayaran balik pinjaman di Bank, nama yang disenarai hitam oleh pihak Bank Negara ataupun muflis dan segala masalah pengguna-pengguna kenderaan ini akan dinilai oleh KPKSB untuk diuruskan dengan telus.
FAEDAH MENYERTAI KPKSB
-
KPKSB akan menjadi JURURUNDING untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anda.
-
KPKSB menggunakan konsep MUDHARABAH* yang lebih telus.
-
KPKSB akan membantu anda jika anda mempunyai masalah untuk membeli atau menjual kereta anda.
-
KPKSB akan menguruskan segala urusan pembelian atau penjualan kenderaan anda untuk mengelakkan anda tertipu semasa berurusan.
-
KPKSB akan menyediakan pinjaman khas untuk pembelian kereta kepada ahli yang menyertai dengan harga yang lebih murah.
Dengan kes seperti yang dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia kini, KPKSB adalah satu platform yang WAJIB untuk disertai bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.
bottom of page